Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

BANK MASA

Bayangkan ada sebuah bank yang mengkreditkan ke dalam akaun anda setiap pagi sebanyak RM86,400.
Ia tidak membawa sebarang baki dari hari ke hari.
Setiap hari akan ditarik apa-apa baki yang anda gagal gunakan sepanjang hari.

Apakah yang akan anda lakukan?Keluarkan setiap sen, tentu sekali!!
Setiap orang mempunyai bank seperti itu. Namanya ialah MASA.
Setiap pagi, ia mengkreditkan 86,400 saa untuk anda.
Setiap malam, ia nyatakan sebagai satu kerugian apa-apa yang tidak anda gunakan untuk tujuan yang baik.

Ia tidak membawa kehadapan sebarang baki. Ia tidak membenarkan overdraf.
Setiap hari ia membuka akaun baru untuk anda.
Setiap malam ia membakar baki sisa-sisa siang hari.
Jika anda gagal menggunakankan deposit seharian itu, anda menanggung kerugian.
Tiada jalan patah balik. Anda tidak boleh meminjam daripada "esok".
Anda mesti hidup dengan deposit yang ada pada hari ini.
Laburkan ia supaya anda mendapat manfaat kesihatan, kegembiraan, dan kejayaan daripadanya!

Waktu sedang berlari. Pergunakan sepenuhnya.
Untuk mengetahui nilai bagi SATU TAHUN, tanyalah pelajar yang gagal dalam peperiksaan.
Untuk mengetahui nilai bagi SATU BULAN, tanyalah ibu yang melahirkan bayi sebelum waktunya.
Untuk mengetahui nilai bagi SATU MINGGU, tanyalah penyunting sebuah akhbar mingguan.
Untuk mengetahui nilai bagi SATU JAM, tanyalah pasangan kekasih yang menunggu untuk bertemu.
Untuk mengetahui nilai bagi SATU MINIT, tanyalah orang yang terlepas tren.
Untuk mengetahui nilai bagi SATU SAAT, tanyalah orang yang baru terhindar daripada kemalangan.

Hargailah setiap saat yang anda ada!
Pastikan ia dihargai sepenuhnya kerana anda berkongsi dengan seseorang yang istimewa, amat istimewa untuk menghabiskan masa anda. 
Ingat, bahawa masa tidak menunggu sesiapa.
Semalam adalah sejarah.
Esok adalah misteri.
Hari ini adalah hadiah.
Sebab itu ia disebut masa kini.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 awesome readers' talks:

Post a Comment